Saturday, January 09, 2016

Incik Totis.


Nama dia Zul.

Apesal Zul? Dalam banyak banyak nama kenapa Zul kan? Adalah kisah disebaliknya.

So For the first week bawak dia balik rumah, mungkin dia homesick. Dia merajuk tak nak makan. Risau jugak takut dia mati. Tapi nasiblah hari ni, dah masuk second week dia dah mula makan. Yang bagusnya hari ni je dua kali dah bagi dia makan. Cepat cepat besar oke Zul.

Saya sayang awak!

Wednesday, January 06, 2016

Misi Gunung Berantai, Maran, Pahang.

Is it too late for a Happy New Year 2016 wish? Hah!

Last year kata nak stop hiking. Tapi TAK BOLEH! Hahaha. Sebab minat yang sangat mendalam, tetap teruskan walaupun tettttt malas nak cerita pasal tu.

Dan duka citanya nak bagitahu yang laptop pecah! Sebab modal tak ada nak repair dia. Jadi memang jaranglah nak update blog ni. By the way trip Berantai ni actually bukan masa new year. But before tu lagi. Sangatlah ketiadaan masa untuk update. Macam tu sekali busynya.

So well, macam biasa malam berkumpul di LRT Gombak. Bersiap sedia untuk bergerak ke Pahang. Tapi saya dan lagi tiga orang kawan kitorang memang malas nak gerak dulu so kitorang pi jalan jalan dekat danau sat masa tu.

Pendek cerita nak bagitahu sikit pasal Gunung Berantai ni. Tak tau lah pasaipa depa letak nama dia Berantai. Mungkin sebab trek dia kot. Trek dia boleh blaa jugak lah. Ada rasa macam nak maki maki sikit lah. :'D 

Mau lah tak rasa nak maki hujung nak sampai puncak tu kena rock climbing pulak dah. Bukan tak pernah buat rock climbing. Pernah tapi rock climbing saya buat tu ada safety rope nya. Yang ini free. Actually last part nak kena climb tu memang dah duduk tepi memang dah berair mata dah. Lagi pulak menangis terus lepas diorang paksa naik. Haa ko paksa aku memang ko mendapat.

Dah kena basuh basuh dan basuh, makanya saya pun panjatlah untuk sampai ke peak. Gigih jugak diorang pujuk. Siap berdiri dekat belakang sebab nak jaga. Haha. Awak gayat tinggi. 

Actually penat sangat dah masa ni, tu yang emosi tak berapa stabil dah kot tu yang menangis. 


So ni dia kami satu trip ada 72 orang. Tapi gambar ni tak cukup 72 sebab ada yang sibuk makan dah maklum sebab masa ni tengok cuaca agak mendung, jadi tak boleh lama dekat puncak. Makanya sampai sampai amek gambar rehat untuk makan then shoot turun balik.


Oke siapa dalam gambar ni? Nama dia Anep. Dia sweeper kitorang. Dan dia jugaklah yang tolong urutkan kaki ni masa kaki ni krem. Dia punya krem pegi lain macam masa tu. Habis terbengkok bengkok jari kaki. Masa nak turunlah. So saya dia dan lagi 4 orang kawan masa tu bersantai sekejap menunggu dia urut kaki saya kasi elok. Terima kasih Anep! 

Dah lah Anep sangat bersabar dengan saya dan 3 orang kawan lagi. Orang lain dah turun. Kitorang tengah masak air lagi. Haha. Sabar ya Anep. Ciri ciri nak jadi seorang sweeper haruslah yang mempunyai sikap sabar yang tinggi. :'D


Oke tu saya dengan bangganya.


Oke tu saya dengan bangganya dua. Masa ni baru lepas nangis. Hahaha! Oke memang malu sebab nangis. Tapi who cares. Saya berjaya jugak oke sampai dekat puncak tu. 


Ni Capit. Dia lah hero masa ni. I mean, hero sebab dia lah yang bawak dua biji tembikai dengan gagahnya untuk sampai ke puncak. Hakak bawak bag deypek masa ni pun rasa macam nak pitam dah. Maklumlah tak fit. Kuikui...


Dan inilah dia saya dan tiga orang laki kawan saya tu. Kami berempat lah yang last sekali turun. *_*


Ni dah kenapa pulak ni? 
Masa otw nak balik. Bangmien drive. Jalan kampung ko paham je lah dik. Memang gelap. Tapi jalan tu sangat rata so tak expect lansung ada lubang sedalam itu. Sekali BOOM! Langgar lubang dan meletup tayar kereta. Awak masa tu tengah penat. Nak mengamuk saje lah. Tapi tahan. Sabar. Benda boleh settle. Maka selesai lah masalah lepas ada adik dekat kampung tu datang tolong tukar tayar.

Mujur tayar sparepart tahan sampai KL. Tapi besok nya jugak tayar tu kempis. Haha! Balik kerja esoknya cadang nak tukar tayar baru tak sempat terus. Datanglah bangmien sekali lagi tukar tayar hahaha!



Sekian.
Wassalam.

Thursday, November 26, 2015

Belum apa apa dah nak quit?

Hmm...
Tak ada kudrat rasanya nak teruskan outdoor. Tak ada kudrat as in bracket, bukannya sebab tak larat nak beriadah. Tak!

Tapi sebab tak mampu nak tengok muka you...
Tapi hutan hutan, batang pokok, ranting, daun, tanah, lumpur segala semua dah jadi sebahagian dari hidup. Tapi untuk hati, terpaksa jugak berhenti. Tak mampu...




Saturday, November 21, 2015

Trip Pelangi

Assalamua'laikum. Hi semua.

Trip pergi Air Terjun Pelangi ni sebenarnya dah lama dah tertangguh tangguh. Wedding group member lah itu lah ini lah. Paling lates masa tanah runtuh dekat Lebuhraya Karak hari tu. Betul betul beberapa hari sebelum trip.

Tapi sebab semua dah nekad, kitorang pun lenjan. Jalankan jugak trip. Masa tu Lebuhraya Karak tak bukak lagi. Still tutup, So kitorang pusing ikut jalan dalam dulu. Jalan dalam pun boleh tahan beberapa tempat yang ada tanah runtuh jugak. Masa ni kitorang semua tawakal je. Total kereta yang pergi, lima buah. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Walaupun ada part part kelakar dia masa tengah konvoi kan. Huu.

Perjalanan pun bermula...

So kami bertiga satu kereta. Cik abang tolong drive. Bergilir gilir actually. Patutnya berempat. Mana entah sorang lagi menghilang masa ni.
Sebelum bertolak, kita kumpul dulu ramai ramai amek gambar baru start perjalanan. Tapi ramai ramai tu tak tau pergi mana entah masing masing. Ini je yang tinggal. 
Yang sebenarnya dalam phone saya memang tak banyak gambar. Boleh kata sebenarnya tak ada satu pun gambar sebab handphone tinggal dalam kereta masa dah sampai camp site. Memang focus habis dekat keindahan alam je masa tu. Tak pikir lansung nak amek gambar ke apa. Yang ada semuanya dari phone atau gopro kawan kawan.


 Sampai je dekat campsite hampa masing masing sebab air sungai tepi tu kena kepala air. So kuning sangat dan susah kitorang nak cari bekalan air bersih untuk masak dan minum. So berubah ke campsite lain. Masa nak tukar campsite ni, saya nak powil buat pertama kalinya (pertama kali naik duduk dekat belakang lah, sebelum ni selalu je naik masa kerja freelance dulu). Kenapa tukar naik powil? Kereta siapa bawak? Apa guna ada si abang. Lari naik powil sebab tak tahan pedih hati dengar tayar kereta berlaga laga dengan batu.

Nak kata satu je lah, kalau nak tau jalan dia macamana kena pergi sendiri baru tau. Huhu. Saje tak amek gambar. Amek gambar dekat jalan yang dah ditar. :p tapi jangan risau, ada je jalan yang elok. Cuma masa kami nak pergi ni guider pi ikut jalan hat payah, memang berdarah mata telinga masa tu pikirkan kereta.

So kalau korang bawak kereta, jangan menyesal ya. Dah bagi hint dah ni jalan dia macamana. Sorang cik akak kita tu dia bawak kereta bau kedai dia tu, mencuka muka haa katako. Yang bawak tu pulak kawan kawan kitorang jugak. Yang drive tu memang selalu drive kereta saya, memang segala lubang longkang dia sapu. Tak bagi dah dia bawak kereta saya. Lama lama tanggal tayar body semua.

Terbang terbang shawl akak naik powil.
Setting camp site.
So at this time yang lain semua pergi hiking Bukit Panorama untuk tengok sunset. Yang tinggal kami berempat je (termasuk tukar amek gambar). So kami lah yang setting camp site, tempat untuk bbq. Actually diorang je yang setting camp site. Saya selit untuk amek gambar je tu. Selebihnya saya sibuk berendam. Sambil berendam, sambil bina empangan sungai untuk dalam kan tempat mandi kami. **pun lupa lagi nak amek gambar. Huhu.






Dah kata, saya pergi sebab nak nikmati keindahan alam. Memang phone untuk bergambar tidaklah. Selalu tumpang camera kawan kawan je. Lepas tu dah habis activity balik KL memekak mintak gambar dekat group. Selalu macam tu. 










Pendek cerita. Ini gambar saya masa dah dekat sejam trekking ke Air Terjun Pelangi. Masa ni dah sehari selepas. Nampak tak cara skip cerita? Bukan apa, gambar ada yang tak dapat lagi sebenarnya. Lambatkan? Biasalah tu. 




Kadang kadang Allah turunkan hujan dan kilat. Kita menangis mencari ke mana hilangnya matahari tanpa kita sedari yang Allah nak berikan kita Pelangi. ;'
)
Peace dari akak akak dan abang.

Kami #SOVOKL
Promote sekejaplah. Inilah group outdoor saya. Sesiapa berminat nak join activity kami boleh ke account instagram SOVOKL, ataupun facebook Sovereign Outdoor Heritage.

Ini satu team kami termasuk mereka mereka yang join trip kami. Terima kasih sebab sudi bersama menjayakan Trip Pelangi gais.
Mana sah kalau pergi outdoor tak ada mamalia di kepala.
Assalamua'laikum. See you on next trip...

Sunday, November 08, 2015

Sovo Rock Attack 1.0

Fuh, lama betul tak menulis dekat sini. Berhabuk. Berlumut segala. Maklumlah bila laptop kena virus. Lepas tu peram dalam bilik tak hantar repair. Hujung sekali ayahanda jugak yang tolong hantar repair. Maka nya ni baru lah sedar dari koma laptop saya.

So kisah dia hari ni saja saya nak cerita hari tu saya pergi rock climbing. Bukan nak kata apalah, rasa agak bangga dengan diri sendiri bila tak berjaya pun habis kan satu route. Haha. Kesemua route berjaya half way je. Maklumlah, first climbing terus ke sini. First route pun dah agak mencabar. Nak naik pun kawan kawan tolong angkat. Awak ghase? Tak tahu lah apa kawan kawan cakap dalam hati nak angkat saya ni. Berat boleh tahan jugak. Huu.

Pose sikit baru sampai.
Tengah sibuk agihkan baju yang orang order. #sovokl

Saya dah beli patch HACAM. Tapi tak tahu nak jahit dekat mana. 

Jumpa dengan MK admin Hiking & Camping Around Malaysia (HACAM)

Muka macam ceria sangat, So kita tutup sikit lah. Ehemm.

Hi!

Gadis gadis #sovokl

Memang dalam ramai ramai ni aku sorang je sibuk dalam hammock. Tak bagi peluang untuk orang lain duduk lansung. Haha!
Kan dah kata tadi, orang lain sibuk climbing dia sibuk posing.
Spiderwoman maybe?
Meh bagitahu sedikit, #sovokl ni asalnya dari Sovereign Outdoor Heritage. Boleh jenguk instagram kami SOVOKL. Berminat nak join apa apa activiti boleh tengok update dekat instagram. Facebook pun ada.

Instagram - sovokl
Facebook - sovereign outdoor heritage

Nak hiking? Camping? Climbing? Diving? Apa saje activiti outdoor pun boleh join kalau berminat. Ececeh... Promote sekejap. Hehe. Sekian Assalamua'laikum.

Friday, September 25, 2015

Secebis manis

MEMAAFKAN seseorang LEBIH SUKAR dari memohon maaf. 

LEBIH MENYAKITKAN.

Lebih kepada tidak tahu apa sebenarnya yang hati fikirkan.

Sekejapan sudah dimaafi, sesaat kemudian makin membenci.

Masih mencari jalan untuk menerima.

UNTUK REDHA.

Untuk menghadam segala dugaan dan ujian.

Semoga berjumpa dengan secebis kemanisan di penghujung jalan.